Wednesday 13 July 2011

Seminar Kecemerlangan Sejarah SPM




KERTAS SEJARAH SPM
  1249/1         -  Kertas 1 ( 40 Soalan
  1249/2         -  Kertas 2 ( 9 Soalan )
              Bahagian A - 4 Soalan Struktur
              Bahagian B - 5 Soalan Esei

Bab yang perlu dikuasai : ialah semua bab!
Sejarah Tingkatan 4 : (Tema utama dalam bab)
Bab 1: Kemunculan Tamadun Awal
Bab 2: Peningkatan Tamadun
Bab 3: Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam
Bab 5: Kerajaan Islam Madinah
Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam
Bab 7: Islam Di Asia Tenggara
Bab 8: Pengaruh Islam Di Malaysia
Bab 9: Perkembangan Di Eropah
Bab10: Dasar British dan Kesannya

Sejarah Tingkatan 5 : (Tema utama dalam bab)


§Bab 1: Kemunculan Nasionalisme Di Asia Tenggara
§Bab 2: Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang D2
§Bab 3: Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
§Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
§Bab 5: Pembinaan Negar dan Bangsa Yg Merdeka
§Bab 6: Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
§Bab 7: Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara M’sia
§Bab 8: Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
§Bab 9: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa

Taburan Soalan Kertas 1 :
§Soalan 1-20 adalah dari teks T4
§Soalan 21-40 adalah dari teks T5
§Setiap bab ada 1-2 soalan sahaja

Teknik Menjawab Kertas 1 :

1. Baca soalan dengan teliti,frasa demi frasa
2. Fahami kehendak soalan;gariskan kehendak soalan
3. Fahami pernyataan dan bahan stimulus soalan
4. Jawab soalan yang senang dahulu
5. Bagi soalan sukar, singkirkan satu persatu fakta yang kurang munasabah,
    kurang penting dan kurang tepat.
6. Pastikan semua soalan dijawab.
7. Hitamkan jawapan sepadan dengan nombor soalan.
8. Satu soalan satu minit.
9. Masa menyemak 15 minit.

Soalan Aneka Pilihan - spm
2005 NO.9

Sambutan Maal Hijrah diadakan setiap tahun di Malaysia bagi
  memperingati
§A   perjuangan umat Islam
§B   turunnya wahyu pertama
§C   pembukaan kota Mekah
§D   kelahiran Nabi Muhammad saw

Soalan Aneka Pelengkap spm 2005 no 32
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Rukun Negara ?
§I memelihara keamanan
§II menanamkan taat setia
§III memupuk keharmonian
§IV memberi kebebasan mutlak
§A I,II dan III
§B I,II dan IV
§C I,III dan IV
§D II,III dan IV

Soalan Jenis Sebab Musabab :
Mengapakah undang-undang Islam sukar
dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintah Islam
di Asia Tenggara?
Pembesar kurang memberi galakan
Mendapat tentangan daripada penduduk
Masih terikat dengan undang-undang adat
Perang saudara di kalangan pemimpin tempatan
§Soalan 14 SPM 2006

Soalan meneliti kesan :
Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi
Barat kepada negara Thai?
A  Persaingan kuasa Barat
B  Pemantapan kuasa raja
C  Pengekalan kemerdekaan
D  Penguasaan ekonomi oleh pembesar
Soalan no. 27 SPM 2006


Soalan Pemahaman Konsep :

Apakah ciri matrilineal dalam Adat Perpatih?

Pelantikan ketua adat
Nasab keturunan bapa
Perkahwinan luar suku
Perempuan mewarisi harta
Soalan no.15 SPM 2006



Soalan bagaimana/cara/langkah :

Bagaimanakah Rom menjadi sebuah

Republik pada tahun 509 S.M.?
A  Penaklukan orang gasar
B  Penjajahan Julius Caesar
C  Pertabalan Maharaja Augustus
D  Pemberontakan golongan patrician
Soalan no.5 SPM 2006


Soalan membuat kesimpulan :

Pada tahun 1922, pengkaji Mesir Purba Howard Carter menemui
mayat Tuthankhanum II yang diselaputi emas

Merujuk pernyataan di atas,apakah

kesimpulan yang dapat dibuat?
A  Upacara pemujaan semangat
B  Konsep kehidupan selepas mati
C  Percaya kepada kelahiran semula
D  Amalan penyembahan nenek moyang
Soalan no.1 SPM 2006



Soalan membanding/membeza



Apakah persamaan antara Hukum Kanun

Melaka dengan Undang-Undang Laut
Melaka?
Peraturan berkeluarga
Pantang larang anggota masyarakat
Penetapan tugas raja dan pembesar
Penetapan tanggungjawab dan hukuman
Soalan no.10 Sejarah SPM 2006




  










No comments:

Post a Comment