Sunday 27 March 2011

Biodata



NORRIZAN BINTI SEMAN merupakan Guru Cemerlang Sejarah Gred DG48) dilahirkan di Kuala Lipis,Pahang pada tahun 1964. Menamatkan alam persekolahan di tingkatan enam di Sekolah Menengah Clifford,Kuala Lipis ,Pahang sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984  dan memperoleh Ijazah Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang Sejarah. Pada tahun 2003 beliau telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Pengajian Sejarah dari Universiti Malaya. Sepanjang perkhdimatannya,beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan (1998 hingga 2006), Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Petang di SMK Khir Johari,35900 Tanjong Malim,Perak. Pernah bertugas di empat buah sekolah iaitu SM Clifford,Kuala Lipis,Pahang,(1988 hingga 1989) bertukar ke SMK Sultan Muzaffar shah I,Lambor Kanan,Parit,Perak,(1990 hingga 1995),SM Katholik,Tg.Malim,Perak (1996 hingga 1998) dan akhinya di SMK Khir Johari,Tg.Mal;im,Perak hingga sekarang.Sebelum dilantik sebagai Guru cemerlang,beliau pernah menerima Anugerah Perkhdimatan cemerlang pada tahun 1996 dan tahun 2006 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pernah menulis dalam Jurnal Pendidikan Guru pada terbitan Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia apada Tahun 1997 dan 2003. Artikel beliau pernah dimuatkan dalam Majalah Pendidik keluaran November,2009. Beliau juga sering menyertai pertandingan menulis esei 1 Malaysia Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia baru-baru ini dan pernah menggondol hadiah Johan bagi pertandingan menulis esei sempena pameran dan inovasi dalam  MSC Exhibition:Aplikasi ICT dalam pendidikan di Mines pada tahun 1999. Beliau juga sering melibatkan diri dalam pertandingan pidato sempena sambutan hari guru peringkat negeri Perak  dan menyandang gelaran juara serta merangkul Pembahas terbaik dalam Pertandingan Perbahasan Sempena Sambutan hari Guru Peringkat Daerah Batang pang,Perak Tahun 2010. 

Beliau juga merupakan Guru Sumber Kajian Masa Depan (Futures studies) yang mendapat latihan oleh Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2000. Pernah menyampaikan ceramah kepada Penolong-Penolong kanan Sekolah Menengah di Negeri Perak, Kepada Guru-Guru besar Negeri Perak, dan mengadakan bengkel serta bimbingan kepada guru-guru sejarah di negeri Perak dalam bidang Kajian Masa depan. Beliau kini sedang dalam proses menulis modul Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah melalui Kaedah Kajian Masa Depan untuk diterbitkan dan dijadikan panduan kepada guru-guru dalam mempelbagai kaedah dan pendekatan P&P di bilik darjah. 

No comments:

Post a Comment