Tuesday 29 March 2011

Memperkasa Pendidikan Sejarah

                                      Memperkasa Pendidikan Sejarah:
               Cadangan Penambahbaikkan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
           
Pengumuman Kementerian pelajaran untuk menuabuhkan Jawatan Kuasa bagi mengkaji kurikulum Sejarah di sekolah-sekolah adalah amat dialu-alukan.Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang mungkin wajar diberikan pertimbangan. Antaranya ialah perlunya  terlebih dahulu kita mengenalpasti punca dan masalah yang menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari sejarah. Umumnya adalah didapati bahawa pelajar-pelajar kurang meminati sejarah bukanlah disebabkan oleh isi kandugan atau sukatan pelajaran yang sedia ada. Malah sebenarnya isi kandungan sukatan pelajaran yang sedia ada sudah cukup untuk menanam serta memupuk jati diri dan semangat setia Negara yang utuh dan mantap.   
Umumnya,banyak kajian yang telah dijalankan mendapati  bahawa pelajar kurang berminat untuk mempelajari sejarah adalah disebabkan oleh amalan gaya pengajaran yang kurang menarik dan seterusnya mempengaruhi keberkesanan P&P sejarah. Banyak faktor yang menyumbang kepada keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran sejarah agak kurang menarik minat pelajar atau tegasnya amat membosankan. Antaranya yang amat ketara ialah masalah guru atau tenaga pengajar yang bukan opsyen sejarah diarahkan mengajar sejarah..Terdapat guru yang mengkhusus dalam bidang perakaunan , perdagangan dan matematik yang mengajar sejarah. Perkara ini menjadi lumrah dan tidak dapat dielakkan kerana guru yang opsyen sejarah tidak mencukupi.Keadaan ini secara langsung akan menyebabkan pengajaran guru-guru akan bersifart hambar serta membosanlkan. Penguasaan kemahiran pedagogi yang kreatif dan inovatif adalah tunjang utama kepada kekuatan kepada guru-guru sejarah untuk menyampaikan pengajaran dengan yakin seterusnya memberi  impak yang maksimum terhadap hasil pembelajaran di bilik darjah..Hal ini hanya mampu dipamerkan oleh guru-guru yang benar-benar menguasai dan penghayatan sepenuhnya terhadap susur galur sejarah Negara dengan sebenar-benarnya.
 Sebagai langkah jangka pendek,maka adalah wajar guru-guru sejarah dibantu baik dalam bentuk pendedahan kepada pelbagai kaedah mengajar yang berkesan melalui kursus-kursus anjuran Kementerian Pelajaran sebagaimana yang telah dilaksanakan kepada guru-guru sains dan matematik ketika PPSMI diperkenalkan satu masa dahulu. .Ini boleh dilaksanakan dengan mengembeling kemahiranl Guru Cemerlang Sejarah  Jurulatih Utama serta guru-guru berpengalaman  untuk membantu kerana merekalah yang lebih arif dan mempunyai banyak kemahiran dalam amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan.  Kemampuan guru-guru mengaplikasi pelbagai kemahiran pedagogi serta strategi pembelajaran yang sesuai akan menyumbang kepada usaha minat serta motivasi pelajar untuk terus mendalami sejarah negara.melalui pembelajaran kumpulan seperti koperatif dan perbincangan amat berkesan dalam pembelajaran sejarah. Selaras dengan pandangan  yang diketengahkan oleh Johnson dan Johnson (1933): “ we are currently leaving an era of competitive and individualistic learning. The ‘me’ classrooms and ‘ do your own thing’ seatwork are fading”.
Dalam usaha untuk menarik minat pelajar, maka pendekatan  pengajaran dan pembelajaran yang paling  menarik dan terkini wajar diamalkan.  Pihak Pusat Pembangunan Kurikulum perlu membekalkan bahan-bahan bantu yang khusus bagi  menjamin keberkesanan pembelajaran . Selain daripadamenambah baik kandungan buku teks ,guru-guru juga perlu dibekalkan dengan  Modul Pengajaran ,yang disertakan juga dengan bahan Visual atau video tentang” Peristiwa-Peristiwa bersejarah Negara”. Contohnya video tentang keganasan komunis di Tanah melayu pada zaman pemerintahan Bintang Tiga selama empat belas hati di Tanah Melayu. Bahana daripada kekejaman tentera Jepun terhadap penduduk khususnya layanan yang berbeza terhadap kaum Melayu,China dan India telah menyemarakan api perkauman dan dendam kesumat kalangan pelbagai kaum. Hal ini dipaparkan secara jelas melalui tayangan video tersebut. Ini akan dapat menimbulkan keinsafan kepada pelajar-pelajar akan peri pentingnya perpaduan antara kaum dieratkan serta dipelihara sepanjang zaman. Melalui pendekatan ini pelajar akan didedahkan dengan rasional konsep 1Malaysia yang perlu dipertahankan sekarang. Lebih-lebih lagi, peristiwa bersejarah negarab akan dapat dihayati dan difahami dengan lebih mendalam lagi dengan menonton video-video tersebut.
Disamping itu pelbagai sumber pembelajaran berasakan ICT perlu menjadi amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bukan sahaja menepis tanggapan bahawa belajar sejarah itu adalah “kuno’ atau ketinggalan zaman.. Selaras dengan itu guru-guru sejarah perlu dibekalkan dengan Komputer riba bagi menjamin pengajaran yang lebih berkesan.  Adalah dicadangkan  supaya guru juga diberikan perlepasan cukai bagi bil penggunaan Broadband dalam pengajaraan..Ini penting kerana banyak sumber-sumber sejarah boleh diakses melalui internet. Contohnya pengajaran melalui EDUWEBTV.COM yang telah dibangunkan sendiri oleh kementerian Pelajaran Malaysia akan dapat dimanafaatkan secara maksima sekiranya guru dapat mengaksesnya   pada bila-bila masa tanpa kekangan masa dan tempat.   Kemudahan tersebut telah terbukti dapat menarik minat  serta berupaya mencetuskan pemikiran yang reflektif di kalangan pelajar. Mereka juga dapat menjana idea yang bernas dan kritis semasa sesi pembelajaran.
Dalam usaha untuk menambahbaik kurikulum sejarah, adalah menjadi harapan kami guru-guru sejarah agar pihak kerajaan bukan sahaja  tertumpu kepada kandungan buku teks semata-mata,sebaliknya turut mempertimbangkan kaedah dan instrument yang perlu digunakan bagi membantu pembelajaran lebih mantap dan berkesan.
Sementara itu guru-guru sejarah perlulah sentiasa perihatin dan kreatif dalam pengajaran selaras dengan tuntutan aspirasi Negara untuk memperkasa sebuah Negara Bangsa yang telah terbina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antara fokus utama ialah usaha pembinaan modal insan yang seimbang melalui pendidikan sejarah jatuh bangun Negara. Justru guru-guru disaran agar sentiasa peka dan kreatif dalam merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah terkini seperti kaedah Kajian Masa Depan,Kaedah Inkuiri,Simulasi,perbincangan dan sebagainya. Keberkesana pengajaran dan pembelajaran sejarah bukan hanya menekankan aspek isi kandungan mata pelajaran tersebut semata-mata,sebaliknya  kaedah penyampaian,kreativiti  serta penggunaan media terkini wajar  menjadi pertimbangan dalam merancang pengajaran guru.
                                                                          

No comments:

Post a Comment